Isnin, 2 November 2020

Cara Naik KTM dari UKM ke Midvalley, KL Sentral, Batu Caves


Hi dan Assalamualaikum
 😊😊😊




Untuk entry kali ni saya nak cerita macam mana cara nak ke Midvalley, ke KL sentral dan Ke Batu Caves dengan menaiki KTM, komuter. Haa, ini memang tersangat bermanfaat untuk student-student UKM, maybe tengah stress ke, nak relief stress kan bolehlah keluar jalan-jalan kejap dengan kawan-kawan.


okay caranya sangat mudah, first sekali mestilah kita kena ada dekat KTM UKM tu. Haa lepas tu nak kena buat apa pulak?  Okay lepas tu, beli tiket. Awak boleh beli tiket di mesin atau guna kad KTM. Kad KTM ni boleh beli dekat kaunter. Tapi kalau setakat nak guna sekali je, better awak beli tiket dekat mesin sahaja. Ohhhh yaa,  awak juga boleh gunakan kad Touch N Go tapi makesure dalam kad Touch N Go tu ada duit yang mencukupi ya. Tambang tiket untuk ke KL Sentral kalau tak silap saya dari KTM UKM adalah RM4.80, untuk ke Batu Caves pulak RM7.40. Dan Kalau tak salah saya guna kad Touch N Go ada potongan 15%. Jadi kalau nak jimat better guna kad Touch N Go.

ni contoh kad KTM saya


Okay settle part beli tiket.


Seterusnya awak masuk entrance ke bahagian KTM, letak je kad dekat bahagian entrance tu, if pakai token(yang beli dekat mesin) pastikan jangan hilangkan token sebab sampai je ke destinasi kita akan masukkan token tu entrance. 



Okay so sekarang awak boleh tunggu komuter, macam mana nak tahu komuter mana yang patut awak naik? senang ja, awak boleh tengok pada screen, dekat screen tu dia akan sertakan tempat untuk dituju berserta dengan waktu komuter  akan tiba. Kalau awak bercadang nak ke MidValley atau KL sentral awak boleh direct naik komuter yang menghala ke KL sentral. Awak jugak boleh je naik komuter yang menghala ke Batu Caves kalau nak ke KL Sentral(nanti komuter akan berhenti juga di situ) sebab KL Sentral merupakan stesen transit. Tapi kalau awak nak ke Batu Caves, awak perlu naik komuter yang direct ke KTM Batu Caves. 

Once awak dah sure komuter mana yang awak patut naik, then awak bolehlah naik. Kalau tak pasti boleh tanya pada orang-orang yang berada di sana and naik komuter ke tempat yang awak nak tuju. Itu sahaja, btw pastikan turun di stesen yang betul ya. 👀

Untuk pengetahuan korang, perjalanan dari KTM UKM ke KTM Batu Caves memakan masa selama sejam lima belas minit macam tu. Kalau ke KL sentral pulak macam 35 minit macam tu je. 


Gambar-gambar dekat bawah ni saya pergi dengan kawan baik saya masa awal 2019 dekat Batu Caves. Sekian saja untuk perkongsian kali ni. ohhh btwwww, hati-hati ya, sana ada banyak monyet.🐒🐒🐒 

❗❗JANGAN BAWA MAKANAN❗❗










Cara Naik KTM dari UKM ke Midvalley, KL Sentral, Batu Caves

Hi dan Assalamualaikum  😊😊😊 Untuk entry kali ni saya nak cerita macam mana cara nak ke Midvalley , ke KL sentral dan Ke Batu Caves deng...