Assalamualaikum, Hai awak! Tengah tunggu seseorang ke tu?
Eh, samalah kita! Hehe π
Mesti korang rindu yang teramat kan dekat orang yang korang
tengah tunggu tu, mesti rasa nak dia ada dekat sebelah kan? Tambah yang tengah tunggu buah hati yang tengah jalani latihan tentera tu. Mesti nak si dia call
awak, mesej awak ataupun video call awak kan… Macam dulu-dulu. Hehe. Saya pun dalam
phase tu sekarang ni. Ayuh kita tunggu sama-sama ya. π
Dalam English “waiting is a torture’. YESSSSS! INDEED IT IS! Tapi mesti ada sebab kan awak sanggup tunggu si dia. Bukan mudah, saya faham… Sabar awak, meh saya share tips untuk kurangkan rasa terseksa di hati tu. In shaa Allah, berkesan.
4 Tips untuk kurangkan rasa terseksa menunggu orang tersayang.
1. Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedahπ΄
"Live your own adventure". Si dia yang sedang sibuk di sana mesti rasa gembira apabila insan tersayang boleh berdikari di atas kaki sendiri. Si dia tidak perlu terlalu risau dengan ketiadaanya di sisi pun kita mampu tersenyum sambil menunggu kepulangan si dia. "Girls power". Taklah manjang terpuruk je di bucu katil sambil menangis mengingatkan si dia. Carilah aktiviti yang mampu membuatkan kita gembira. "you’ll feel happier and more fulfilled by doing things that you love and enjoy." Mungkin awak juga boleh cari hobi baru, misalnya memasak, membaca buku dan sebagainya. Nak tulis blog pun boleh....
2. Keluar bersama rakan-rakan π
Keluarlah dengan kawan-kawan awak ke tempat yang menarik, pergi berkayak, bersenam, or pergi bercuti ke... Sambil-sambil tu boleh jugak release stress dekat tempat kerja. Awak nak ajak saya pun boleh! Hehe π Terdapat kajian yang menyatakan bahawa melakukan aktiviti bersama rakan-rakan mampu membuatkan kandungan oxytocin dalam badan meningkat. Oxytocin adalah hormon yang dapat dihasilkan oleh badan kita dan juga dikenali sebagai "happy hormone". Haa, apalagi, mohlahhh keluar dengan kawan-kawan.
3. Kadang-kadang ianya baik untuk kita rendahkan tembok di hatiπ
Kita tak selalunya kuat, akan ada masa yang kita akan rasa betul-betul down dan sedih. It's okay, to let yourself feel the emotion. Tapi jangan terlalu lama. Cuba cari seseorang yang boleh kita percayai, jadikan dia sebagai pendengar luahan kita, luahkan segala yang kita rasa padanya. Jangan selalu pendam, tak baik untuk mental kita. In shaa Allah, once segalanya terluah, kita akan lebih lega dan bersemangat.
4. Percaya kepada Allah, dan teruskan berdoa kepadaNya agar diperkuatkan jodoh bersama. π
Allah itu sebaik-baik perancang, walau bagaimana plan asal kita, tapi Allah lah yang akan tentukan. Jadi kita kena letakkan kepercayaan kita pada Allah, percaya dengan setiap perancangan yang ditetapkan oleh Allah. Kita kena ingat Allah yang memberikan kebahagiaan kepada semua hambaNya di muka bumi ini. Jadi mohonlah kepada Allah agar kita mendapat kebahagiaan yang diingini, diperkuatkan jodoh bersama si dia agar dapat bertemu lagi dikemudian hari. In shaa Allah.
Semoga tip-tip mampu mengurangkan rasa terseksa sebuah penantian awak ya... Inshaa Allah ada masa saya share tips lain. Oh untuk anyone yang curious, saya tengah tunggu tunang saya dalam latihan tentera. Sedikit sebanyak memang rasa terseksa, tapi takpe, dia pergi ni untuk masa depan kami π.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan