Isnin, 2 November 2020

Cara Naik KTM dari UKM ke Midvalley, KL Sentral, Batu Caves


Hi dan Assalamualaikum
 πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š




Untuk entry kali ni saya nak cerita macam mana cara nak ke Midvalley, ke KL sentral dan Ke Batu Caves dengan menaiki KTM, komuter. Haa, ini memang tersangat bermanfaat untuk student-student UKM, maybe tengah stress ke, nak relief stress kan bolehlah keluar jalan-jalan kejap dengan kawan-kawan.


okay caranya sangat mudah, first sekali mestilah kita kena ada dekat KTM UKM tu. Haa lepas tu nak kena buat apa pulak?  Okay lepas tu, beli tiket. Awak boleh beli tiket di mesin atau guna kad KTM. Kad KTM ni boleh beli dekat kaunter. Tapi kalau setakat nak guna sekali je, better awak beli tiket dekat mesin sahaja. Ohhhh yaa,  awak juga boleh gunakan kad Touch N Go tapi makesure dalam kad Touch N Go tu ada duit yang mencukupi ya. Tambang tiket untuk ke KL Sentral kalau tak silap saya dari KTM UKM adalah RM4.80, untuk ke Batu Caves pulak RM7.40. Dan Kalau tak salah saya guna kad Touch N Go ada potongan 15%. Jadi kalau nak jimat better guna kad Touch N Go.

ni contoh kad KTM saya


Okay settle part beli tiket.


Seterusnya awak masuk entrance ke bahagian KTM, letak je kad dekat bahagian entrance tu, if pakai token(yang beli dekat mesin) pastikan jangan hilangkan token sebab sampai je ke destinasi kita akan masukkan token tu entrance. 



Okay so sekarang awak boleh tunggu komuter, macam mana nak tahu komuter mana yang patut awak naik? senang ja, awak boleh tengok pada screen, dekat screen tu dia akan sertakan tempat untuk dituju berserta dengan waktu komuter  akan tiba. Kalau awak bercadang nak ke MidValley atau KL sentral awak boleh direct naik komuter yang menghala ke KL sentral. Awak jugak boleh je naik komuter yang menghala ke Batu Caves kalau nak ke KL Sentral(nanti komuter akan berhenti juga di situ) sebab KL Sentral merupakan stesen transit. Tapi kalau awak nak ke Batu Caves, awak perlu naik komuter yang direct ke KTM Batu Caves. 

Once awak dah sure komuter mana yang awak patut naik, then awak bolehlah naik. Kalau tak pasti boleh tanya pada orang-orang yang berada di sana and naik komuter ke tempat yang awak nak tuju. Itu sahaja, btw pastikan turun di stesen yang betul ya. πŸ‘€

Untuk pengetahuan korang, perjalanan dari KTM UKM ke KTM Batu Caves memakan masa selama sejam lima belas minit macam tu. Kalau ke KL sentral pulak macam 35 minit macam tu je. 


Gambar-gambar dekat bawah ni saya pergi dengan kawan baik saya masa awal 2019 dekat Batu Caves. Sekian saja untuk perkongsian kali ni. ohhh btwwww, hati-hati ya, sana ada banyak monyet.πŸ’πŸ’πŸ’ 

❗❗JANGAN BAWA MAKANAN❗❗










Sabtu, 31 Oktober 2020

Siksanya Suatu Penantian: Nasihat Untuk yang Sedang Menunggu Seseorang


Assalamualaikum, Hai awak! Tengah tunggu seseorang ke tu?

 

Eh, samalah kita! Hehe 😊

 

Mesti korang rindu yang teramat kan dekat orang yang korang tengah tunggu tu, mesti rasa nak dia ada dekat sebelah kan? Tambah yang tengah tunggu buah hati yang tengah jalani latihan tentera tu. Mesti nak si dia call awak, mesej awak ataupun video call awak kan… Macam dulu-dulu. Hehe. Saya pun dalam phase tu sekarang ni. Ayuh kita tunggu sama-sama ya. 😊

 

Dalam English “waiting is a torture’. YESSSSS! INDEED IT IS! Tapi mesti ada sebab kan awak sanggup tunggu si dia. Bukan mudah, saya faham… Sabar awak, meh saya share tips untuk kurangkan rasa terseksa di hati tu. In shaa Allah, berkesan.


4 Tips untuk kurangkan rasa terseksa menunggu orang tersayang.


1. Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah🚴

"Live your own adventure". Si dia yang sedang sibuk di sana mesti rasa gembira apabila insan tersayang boleh berdikari di atas kaki sendiri. Si dia tidak perlu terlalu risau dengan ketiadaanya di sisi pun kita mampu tersenyum sambil menunggu kepulangan si dia. "Girls power". Taklah manjang terpuruk je di bucu katil sambil menangis mengingatkan si dia. Carilah aktiviti yang mampu membuatkan kita gembira. "you’ll feel happier and more fulfilled by doing things that you love and enjoy."  Mungkin awak juga boleh cari hobi baru, misalnya memasak, membaca buku dan sebagainya. Nak tulis blog pun boleh....

2. Keluar bersama rakan-rakan πŸ‘­

Keluarlah dengan kawan-kawan awak ke tempat yang menarik, pergi berkayak, bersenam, or pergi bercuti ke... Sambil-sambil tu boleh jugak release stress dekat tempat kerja. Awak nak ajak saya pun boleh! Hehe πŸ˜Š Terdapat kajian yang menyatakan bahawa melakukan aktiviti bersama rakan-rakan mampu membuatkan kandungan oxytocin dalam badan meningkat. Oxytocin adalah hormon yang dapat dihasilkan oleh badan kita dan juga dikenali sebagai "happy hormone". Haa, apalagi, mohlahhh keluar dengan kawan-kawan.

3. Kadang-kadang ianya baik untuk kita rendahkan tembok di hatiπŸ’Ÿ

Kita tak selalunya kuat, akan ada masa yang kita akan rasa betul-betul down dan sedih. It's okay, to let yourself feel the emotion. Tapi jangan terlalu lama. Cuba cari seseorang yang boleh kita percayai, jadikan dia sebagai pendengar luahan kita, luahkan segala yang kita rasa padanya. Jangan selalu pendam, tak baik untuk mental kita. In shaa Allah, once segalanya terluah, kita akan lebih lega dan bersemangat. 

4. Percaya kepada Allah, dan teruskan berdoa kepadaNya agar diperkuatkan jodoh bersama. πŸ™Œ

Allah itu sebaik-baik perancang, walau bagaimana plan asal kita, tapi Allah lah yang akan tentukan. Jadi kita kena letakkan kepercayaan kita pada Allah, percaya dengan setiap perancangan yang ditetapkan oleh Allah. Kita kena ingat Allah yang memberikan kebahagiaan kepada semua hambaNya di muka bumi ini. Jadi mohonlah kepada Allah agar kita mendapat kebahagiaan yang diingini, diperkuatkan jodoh bersama si dia agar dapat bertemu lagi dikemudian hari. In shaa Allah. 




Semoga tip-tip mampu mengurangkan rasa terseksa sebuah penantian awak ya... Inshaa Allah ada masa saya share tips lain. Oh untuk anyone yang curious, saya tengah tunggu tunang saya dalam latihan tentera. Sedikit sebanyak memang rasa terseksa, tapi takpe, dia pergi ni untuk masa depan kami πŸ˜Š.

Cara Naik KTM dari UKM ke Midvalley, KL Sentral, Batu Caves

Hi dan Assalamualaikum  πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š Untuk entry kali ni saya nak cerita macam mana cara nak ke Midvalley , ke KL sentral dan Ke Batu Caves deng...